MENJANA EKONOMI UMMAH - MENGUASAI PASARAN GLOBAL

Tuesday 22 June 2010

MARI BOIKOT BARANGAN ISRAEL



Kecairan Wang Negara Sekarang Bukan Terletak Di Bank-Bank Perdagangan Tetapi Sebaliknya Terletak Di Pasaraya-pasaraya Besar Yang Kebanyakannya Dimiliki Oleh Orang-orang YAHUDI !!!

DENGAN PEMBELIAN INILAH KEKUATAN KUFFAR TERBINA. KITA PERLU BERTINDAK !!!

Marilah bersama kita boikot produk-produk mereka yang selama ini telah menjahanamkan umat Islam. Berjuanglah bersama HPA meningkatkan ekonomi umat Islam dan menguasai pasaran global.

MARI BERMUHASABAH SEJENAK


Umat Islam hari ini begitu terdedah kepada pelbagai jenis makanan dan minuman yang berada di pasaran khususnya produk makanan import yang rata-rata datangnya dari negara bukan Islam atau diusahakan oleh orang-orang bukan Islam yang pastinya menimbulkan banyak persoalan berkaitan masalah-masalah produk ini kerana diakui adalah bukan mudah untuk kita mengenali sumber bahan-bahan tersebut sedangkan Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya :

Tinggalkanlah apa yang meragukan untuk menuju kepada sesuatu yang tidak meragukan

Allah telah memerintahkan umat Islam supaya mengambil makanan yang halal lagi baik sahaja, kerana terdapat banyak hikmah di sebalik perintah-Nya ini. Makanan merupakan faktor utama dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi manusia. Seseorang mukmin yang sentiasa prihatin terhadap pemilihan makanan halal, suci dan bersih dalam pemakanan hariannya, pasti akan lahir dalam dirinya keimanan dan nur yang dapat memandu jiwanya ke arah ketaqwaan dan meningkatkan ibadahnya kepada Allah S.W.T. Pemilihan makanan yang bersih dan halal menjadi keutamaan dalam ajaran Islam untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. dan keberkatan dalam hidup.

Makanan yang haram sama ada datang dari bahan yang dicampur najis atau benda bersumberkan punca yang tidak halal akan mendatangkan 3 bahaya besar kepada si pemakannya, iaitu :
1. Makanan itu akan mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga dia lebih gemar melakukan maksiat dan kejahatan serta benci untuk melakukan perkara-perkara kebaikan dan ketaatan.
2. Doanya tidak akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
3. Akan mendapat seksaan pedih di neraka Allah pada hari akhirat kelak.



SEDARKAH KITA?

Untuk merosakkan aqidah umat Islam, puak yahudi laknatullah ‘alaihim telah menggariskan protokol 4F sebagai salah satu usaha mereka untuk mencapai tujuan tersebut. Jika diperhatikan protokol mereka di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, FOOD (makanan) merupakan antara agenda terbesar mereka bagi menjahanamkan aqidah umat Islam. Persoalannya di sini, bagaimana mereka menjadikan FOOD (makanan) sebagai satu senjata untuk menipu daya umat Islam? Adakah kita sedar bahawa kita sudah lama tertipu. Sejak berzaman lagi, mereka telah mengaburi mata umat Islam dengan menghasilkan berbagai jenis makanan dan produk-produk syubhah yang amat meragukan dalam proses penghasilannya. Dalam konteks ajaran Islam, setiap individu muslim WAJIB menyelidiki dan prihatin terhadap makanan yang akan dinikmatinya, bukan setakat makanan yang boleh membahayakan kesihatan, malah jenis makanan yang mengandungi bahan haram, sekaligus boleh menjejaskan aqidah seseorang muslim.

PEMAKANAN : ISU HALAL DAN HARAM


عَنْ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَقُولُ

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لَا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ فَمَنْ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

SUMBER HADIS

Sahih Bukhari, Kitab Al-Iman, Bab Keutamaan Orang Yang Meninggalkan (Sesuatu Keraguan) Kerana Menjaga Agamanya, No. 50.

TERJEMAHAN HADIS

Dari Amir, ia berkata: Saya mendengar Nu'man bin Basyir berkata : Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : "Halal itu jelas dan haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat perkara yang musyabbihat (serupa, tetapi meragukan kerana tidak jelas haram atau halalnya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia. Barang siapa yang menjaga hal-hal musyabbihat ini, maka dia telah membersihkan kehormatan diri dan agamanya. Dan barang siapa yang terjerumus ke lembah syubhat, adalah dia seperti pengembala (yang membawa ternakanannya) di sekitar tanah larangan maka hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahawa, setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumi-Nya ini adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah juga bahawa di dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik, maka baik lah seluruh tubuh itu. Dan apabila daging itu rosak, maka rosak lah seluruh tubuhnya itu. Dan ketahuilah, ia adalah hati."

FIQH AL-HADITH (KEFAHAMAN HADIS) :

1. Halal dan haram sesuatu makanan adalah berdasarkan kepada zat dan sifat sesuatu makanan tersebut yang mana dinyatakan secara jelas halal dan haramnya oleh dalil-dalil naqli yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. [Definisi Ibn Hajar al-’Asqalani di dalam Fath al-Bari]

2. Definisi JAKIM terhadap makanan atau produk halal :

a. Bukanlah terdiri/mengandung bahan dari haiwan yang mana menjadi larangan kepada umat Islam oleh hukum syarak untuk menggunakannya atau memakannya ataupun tidak disembelih mengikut hukum syarak.

b. Tidaklah mengandungi bahan yang dihukumkan sebagai najis mengikut hukum syarak.

c. Tidak disedia, diproses, dikilang atau disimpan dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari bahan-bahan najis mengikut hukum syarak.

d. Tidaklah, apabila menyedia, memproses, mengilang atau menyimpannya itu, bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa bahan yang tidak memenuhi perenggan a atau b atau c seperti yang di atas ataupun apa-apa bahan yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

e. Tidaklah, apabila digunakan dengan sengaja, boleh mendatang kesan-kesan yang boleh membahayakan.

MENURUT AL-QARDHAWI

Halal bermakna sesuatu yang dibolehkan atau yang diharuskan, yang telah gugur ikatan bahaya dan dibenarkan oleh syara’ (Islam).

TERJEMAHAN AYAT
(Surah Al-Nahl ayat 114-116) :

114. Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya sahaja.

115. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan ke atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.

116. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.

PENGAJARAN AYAT :

1. Perintah memilih makanan yang halal dan baik.
2. Mensyukuri nikmat Allah.
3. Pengharaman bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah.
4. Jangan mudah mendustakan halal atau haram – sesuatu perkara mestilah dibuktikan terlebih dahulu.

MAQASID SYAR’IYYAH :

1. Menjaga Agama
2. Memelihara diri
3. Memelihara akal
4. Menjaga keturunan
5. Memelihara harta

Sunday 20 June 2010

KEUNGGULAN HPA



100 % MILIK BUMIPUTRA MUSLIM

Sebuah perniagaan 100% milik Bumiputra Muslim dan telah lebih 20 tahun berada dalam industri herba.

PRODUK PELBAGAI JENIS, SUCI & HALAL
Lebih 300 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 500 jenis produk lagi pada masa akan datang.

HARGA MURAH DAN BERPATUTAN
Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.

MENDAPAT PENGIKTIRAFAN MLM SYARIAH
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia.

PENERAPAN AMALAN ISLAM DALAM PEKERJAAN
Semua pekerja kilang diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.

PERUBATAN JAWI
HPA memperkenalkan konsep Perubatan JAWI yang menggabungkan sumber Ilahiah dan Alamiah. Ianya terdiri daripada perubatan herba, ilmu diagnosis penyakit melalui tapak tangan, anak mata (Iridologi) dan juga perawatan seperti berbekam (Hijamah), akupunktur, refleksologi dan lain-lain lagi. Semua ahli berpeluang untuk mempelajarinya.

KEBAJIKAN
Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Ini bermakna anda membeli sambil beramal.

PLAN PEMASARAN HEBAT
Tawaran 11 ganjaran lumayan kepada para pengedar melalui plan pemasaran Era Baru yang terbukti berjaya melahirkan usahawan HPA dengan pendapatan 5 angka sebulan.

LATIHAN KEUSAHAWANAN
Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) diwujudkan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA. Program ini sangat berkesan sehingga berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA. Kursus ini dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin HPA yang berjaya di kalangan Pengarah Jati Setia (PJS).

PENGIKLANAN PRODUK DI MEDIA MASSA
HPA mengiklankan produk-produknya seperti Kopi Radix, Radix Cola, Sarsi, Radix Cereal di TV3, TV9, akhbar harian, pengangkutan awam dan di papan-papan iklan.

KOPERASI WAHIDA BERHAD
HPA menubuhkan Koperasi Wahida Berhad untuk memberi peluang kepada ahli menikmati keuntungan bersama. Anggaran pulangan 10%-20% setahun.

MLM SYARIAH



DEKLARASI MLM SYARIAH HPA


Ustaz Ahmad bin Ali selaku Pengerusi Panel Syariah HPA telah membacakan deklarasi MLM Syariah HPA sebelum diserahkan kepada Pengarah Urusan Tn. Hj. Ismail bin Hj. Ahmad. Antara isi kandungan deklarasi tersebut ialah :

• Sistem urusniaga yang dijalankan oleh HPA melalui sistem MLMnya adalah menepati rukun-rukun dan syarat-syarat urusniaga yang ditetapkan oleh syariat islam.
• Panel syariah tidak menemui pada zahirnya sebarang unsur-unsur yang bertentangan dengan ketetapan syarak.
• Sekaligus sistem MLM HPA tersebut pada dasarnya memenuhi ciri-ciri MLM yang diputuskan oleh panel syariah.

Maka dengan itu, panel syariah telah mengakui dan mengisytiharkan untuk ahli-ahli HPA khususnya dan umat Islam umumnya bahawa MLM HPA adalah berlandaskan syariat Islam dan layak dianggap terus berjalan selama MLM HPA mematuhi garis panduan MLM Syariah yang diputuskan oleh panel syariah.

Panel syariah berpesan kepada seluruh warga HPA sama ada yang terlibat dalam pengeluaran barangan atau penjualannya agar terus berkomitmen dengan syariat Allah, bertaqwa kepada-Nya serta sentiasa jujur dan amanah.

PENGENALAN HPA



Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh Tn. Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang merupakan seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau juga adalah selaku pemilik syarikat dan memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan. Kini, HPA Industries Sdn. Bhd. memiliki 7 buah kilang yang serba moden yang mana pekerja-pekerjanya amat menjaga standard GMP. Selain itu, HPA juga mengusahakan ladang-ladang herba seperti roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang serta penternakan seperti ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang sentiasa mencukupi.

OBJEKTIF HPA
• Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia.
• Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya maju dan berwawasan.
• Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan.

MOTTO HPA
• “ PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

VISI HPA
• HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan.
• HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

MISI HPA
• HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami.
• HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan masyarakat.

AWWALUL KALAM

ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. atas segala nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada kita. Semoga kehadiran blog ini akan dapat memberi manfaat yang berguna buat kita sebagai insan yang sentiasa berusaha untuk mencari redha Allah S.W.T. Salam perjuangan buat semua muslimin dan muslimat...

(7 Rejab 1431H)