MENJANA EKONOMI UMMAH - MENGUASAI PASARAN GLOBAL

Sunday 20 June 2010

PENGENALAN HPA



Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh Tn. Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang merupakan seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau juga adalah selaku pemilik syarikat dan memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan. Kini, HPA Industries Sdn. Bhd. memiliki 7 buah kilang yang serba moden yang mana pekerja-pekerjanya amat menjaga standard GMP. Selain itu, HPA juga mengusahakan ladang-ladang herba seperti roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang serta penternakan seperti ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang sentiasa mencukupi.

OBJEKTIF HPA
• Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia.
• Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya maju dan berwawasan.
• Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan.

MOTTO HPA
• “ PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

VISI HPA
• HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan.
• HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

MISI HPA
• HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami.
• HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan masyarakat.

No comments:

Post a Comment