MENJANA EKONOMI UMMAH - MENGUASAI PASARAN GLOBAL

Tuesday 22 June 2010

MARI BERMUHASABAH SEJENAK


Umat Islam hari ini begitu terdedah kepada pelbagai jenis makanan dan minuman yang berada di pasaran khususnya produk makanan import yang rata-rata datangnya dari negara bukan Islam atau diusahakan oleh orang-orang bukan Islam yang pastinya menimbulkan banyak persoalan berkaitan masalah-masalah produk ini kerana diakui adalah bukan mudah untuk kita mengenali sumber bahan-bahan tersebut sedangkan Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya :

Tinggalkanlah apa yang meragukan untuk menuju kepada sesuatu yang tidak meragukan

Allah telah memerintahkan umat Islam supaya mengambil makanan yang halal lagi baik sahaja, kerana terdapat banyak hikmah di sebalik perintah-Nya ini. Makanan merupakan faktor utama dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi manusia. Seseorang mukmin yang sentiasa prihatin terhadap pemilihan makanan halal, suci dan bersih dalam pemakanan hariannya, pasti akan lahir dalam dirinya keimanan dan nur yang dapat memandu jiwanya ke arah ketaqwaan dan meningkatkan ibadahnya kepada Allah S.W.T. Pemilihan makanan yang bersih dan halal menjadi keutamaan dalam ajaran Islam untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. dan keberkatan dalam hidup.

Makanan yang haram sama ada datang dari bahan yang dicampur najis atau benda bersumberkan punca yang tidak halal akan mendatangkan 3 bahaya besar kepada si pemakannya, iaitu :
1. Makanan itu akan mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga dia lebih gemar melakukan maksiat dan kejahatan serta benci untuk melakukan perkara-perkara kebaikan dan ketaatan.
2. Doanya tidak akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
3. Akan mendapat seksaan pedih di neraka Allah pada hari akhirat kelak.



SEDARKAH KITA?

Untuk merosakkan aqidah umat Islam, puak yahudi laknatullah ‘alaihim telah menggariskan protokol 4F sebagai salah satu usaha mereka untuk mencapai tujuan tersebut. Jika diperhatikan protokol mereka di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, FOOD (makanan) merupakan antara agenda terbesar mereka bagi menjahanamkan aqidah umat Islam. Persoalannya di sini, bagaimana mereka menjadikan FOOD (makanan) sebagai satu senjata untuk menipu daya umat Islam? Adakah kita sedar bahawa kita sudah lama tertipu. Sejak berzaman lagi, mereka telah mengaburi mata umat Islam dengan menghasilkan berbagai jenis makanan dan produk-produk syubhah yang amat meragukan dalam proses penghasilannya. Dalam konteks ajaran Islam, setiap individu muslim WAJIB menyelidiki dan prihatin terhadap makanan yang akan dinikmatinya, bukan setakat makanan yang boleh membahayakan kesihatan, malah jenis makanan yang mengandungi bahan haram, sekaligus boleh menjejaskan aqidah seseorang muslim.

No comments:

Post a Comment