MENJANA EKONOMI UMMAH - MENGUASAI PASARAN GLOBAL

Monday 12 July 2010

AYAM ORGANIK HPA


Kini, umat Islam ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam yang dicucuk, yang disuntik dengan vaksin babi, ayam yang dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan atau ayam yang diberi makan dari sumber tulang haiwan.

Lebih menarik ialah reban ternakan ayam organik HPA menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat Islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Ayam organik terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik dan juga hormon beta agonist dan salbutamol.

Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA.

Sebagaimana yang telah diceritakan oleh Ustaz Hadi bin Mohd Isa - Herbalis HPA - Di awal tempoh penternakan ayam organik HPA, entah apa silapnya, banyak ayam tersebut yang mati. Dugaan daripada Allah S.W.T. agaknya. Kemudian, pihak penternak pun memikirkan usaha lain yang boleh dibuat supaya ayam-ayam tersebut tidak mati. Kemudian, salah seorang daripada mereka mendapat ilham, supaya dipasangkan ayat-ayat Al-Quran di kawasan penternakan tersebut.

Subhanallah! Ayam-ayam yang dipelihara bukan sahaja berkembang biak, malah sihat walafiat. Maka, pilihlah ayam organik HPA... :D

Sebenarnya, HPA tidak menetapkan polisi mendengarkan ayat suci Al-Quran di kawasan penternakan ayam itu, dan mungkin juga sebenarnya ia bertujuan membiasakan para pekerja supaya tidak hanya mendengar lagu-lagu yang melalaikan. Namun tidak mustahil ia juga membantu pembiakan ayam berkenaan, lebih-labih lagi apabila penternak berkenaan berniat melakukan usaha penternakannya demi survival umat Islam. Allah S.W.T. bersama orang yang ikhlas di dalam melakukan pekerjaannya, bukankah begitu?

Fakta mengenai ayam organik HPA :
  • Tidak memakan makanan ayam yang dibuat daripada serbuk tulang binatang.
  • Tidak disuntik bahan kimia untuk mempercepatkan tumbesaran.
  • Diberi makan habbatus-sauda', halia dan tumbuhan herba yang lain, serta protein soya/ikan.
  • Penyembelihan dipantau oleh Panel Syariah HPA.
  • Reban yang bersih dan selesa.
  • Digunakan dalam perniagaan Radix Fried Chicken (RFC).

Wednesday 7 July 2010

PEMAKAIAN KACA MATA


Pemakaian kaca mata boleh menyebabkan tekanan darah tinggi seseorang itu tidak turun. Apabila anda memakainya kemudian timbul gejala seperti, sakit tengkok, sakit telinga dan tidak boleh mendengar bunyi tertentu (terasa menyucuk dalam telinga), sakit bahu, cepat marah, mood tak baik, gejala ini menandakan bahawa kacamata anda menjadi penyebab utama berlaku sedemikian. Pada peringkat yang lebih serius, ia akan menyebabkan tekanan darah meningkat, lumpuh, katarak dan tekanan di jantung. Sebaiknya anda mengamalkan Shark Cartilage (2x 3) dan Omega 3 (2x3). Silau cahaya juga boleh diatasi dengan kaedah ini.

PERIKSA GIGI DAHULU


Amalgam ialah tampalan gigi yang boleh menyebabkan keracunan kerana ia mengandungi mercury. Apabila tampalan itu pecah keracunan mercury akan mengakibatkan kemandulan, keracunan darah, sakit seluruh tubuh, kaku sendi, pelupa, sukar tidur waktu malam, fikiran terganggu dan lain-lain lagi. Amalgam juga boleh menyebabkan telinga menjadi berdesing dan pesakit mendengar suara seperti orang berbisik.

Kaedah yang mudah bagi membuang logam berat ini ialah menggunakan Deep C dalam bentuk air (sangat pahit) atau boleh juga dalam bentuk kapsul. Di samping itu ia juga boleh disinergikan dengan Omega 3, Herba Tuju Angin, Herba Pelawas dan Teh Sepang.

Kesan amalgam juga boleh menjadikan seseorang itu hilang kawalan diri dan mengalami tekanan perasaan. Dalam perubatan Melayu pula, mereka mengaitkan dengan gangguan makhluk halus kerana penyakit ini tidak dapat dikesan oleh doktor. Jika ada orang yang mempunyai penyakit seperti di atas, sebaiknya periksalah dahulu giginya kerana kemungkinan ada tampalan amalgam yang telah pecah .

OBESITI DAN PERAWATAN HERBA


Obesiti adalah satu keadaan yang mana seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan dan tidak terkawal. Obesiti meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik. Secara amnya, obesiti disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan pada tisu adipos bahagian tubuh sehingga menjejaskan tahap kesihatan.

Satu kajian yang dibuat oleh AC Nielson, mendapati bahawa budaya mengambil makanan segera dalam kehidupan harian telah menyumbang kepada masalah ini. Di Malaysia, 59% rakyatnya makan sekurang-kurangnya sekali seminggu di restoran makanan segera dan waktu yang paling digemari ialah makan malam, manakala 71% sanggup membeli makanan segera untuk sarapan pagi.

Kebanyakan makanan segera yang dijual selalunya jenis makanan yang sudah diproses dan mengandungi kadar garam yang tinggi, gula, lemak dan juga perasa, termasuk monosodium glutamate (MSG). Makanan ini juga biasanya digoreng dengan minyak yang telah digunakan berulang kali, yang mana tidak baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak ‘trans fat’. Trans fat dihasilkan apabila pengeluar minyak masak menambah hidrogen ke dalam minyak sayuran – satu proses yang disebut penghidrogenan. Proses ini memanjangkan tarikh luput minyak dan mengekalkan bau makanan. Trans fat seperti juga lemak tepu dan kolestrol, meningkatkan kadar LDL (low density lipoprotein) atau kolestrol yang jahat.

Menurut kajian terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia, 25% rakyat Malaysia mengalami obesiti, peratus tertinggi di Asia. Statistik menunjukkan kadar obesiti di Malaysia meningkat dengan cepat. Data menunjukkan obesiti meningkat mengikut umur iaitu 6.6% di kalangan berumur 6 tahun, naik kepada 13.8% bagi mereka berumur 10 tahun. Perbezaan antara etnik juga berlaku terutama di kalangan kanak-kanak lelaki dengan 16.8% kanak-kanak Melayu mengalami obesiti berbanding 11% kanak-kanak Cina dan India.

Bagaimana Mengukur Obesiti?

Indeks Jisim Tubuh (IJM) adalah satu penunjuk pengukuran berat badan bagi menentukan tahap risiko kesihatan.

IJM = Berat badan (kg) / Tinggi (m) / Tinggi (m)

Klasifikasi WHO untuk berat badan orang dewasa berdasarkan IJT :

Klasifikasi

IJT (kg/m2)

Risiko Penyakit

Kurang Berat Badan

<18.5

Rendah

Normal

18.5 ~ 24.9

Biasa

Berat Badan Berlebihan

>25.0


Pra Obesiti

25.0 ~ 29.9

Agak Tinggi

Obesiti Kelas 1

30.0 ~ 34.9

Sederhana

Obesiti Kelas 2

35.0 ~ 39.9

Tinggi

Obesiti Kelas 3

>40.0

Terlalu Tinggi


Gejala Obesiti

1. Tubuh menjadi tidak menarik (gemuk).
2. Sesak nafas bila melakukan aktiviti.
3. Sakit sendi.
4. Fatty liver.
5. Mati pada tahap muda.

Penyakit Akibat Obesiti

1. Penyakit jantung.
2. Tekanan darah tinggi.
3. Osteoartritis.
4. Kencing manis.
5. Barah.

Perawatan Herba HPA

Dalam usaha untuk mengatasi masalah obesiti ini, beberapa langkah perlu diambil oleh mereka yang menghadapi masalah ini seperti:

1. Merawat sistem hati dengan pengamalan D’Det.

D’Tork mengandungi ramuan 28 herba pahit yang diperkayakan dengan spirulina, mampu menembusi meridian hati dan memperbaiki organ-organ di dalam sistemnya.

2. Menghalang pembentukan lemak yang baru dengan mengambil Stoma-K.

Stoma-K mengandungi HCA yang berfungsi untuk menghalang pembentukan lemak yang baru dan mengurangi rasa lapar.

3. Membuang lemak melalui ikatan Kitosan dan Stoma-K.

4. Menambahkan serat melalui Teh Herba / Teh Asiatica dan Spirulina.

Serat membantu untuk menyerap lemak, kolestrol, gula dan air yang berlebihan di dalam usus dan melawaskan pembuangan tinja.

5. Mengamalkan Kopi Radix terutama waktu pagi.

ANTARA CONTOH PENYAKIT DAN CARA PERAWATAN

KENCING MANIS

Penyakit ini merupakan satu penyakit yang perlu dikawal dengan sebaik-baiknya, jika tidak ia akan menjadi silent killer. Selain daripada ubatan herba seperti Plantisol, Teh Herba, Habbatus Sauda’, Vitex, Teh Tropika dan lain-lain lagi herba yang boleh disinergikan, penyakit Kencing Manis ini sangat bergantung kepada dua faktor iaitu :

• Pemakanan
• Kerehatan.

Awas jika anda gemar memakan nasi lemak! Nasi lemak mendatangkan mudarat yang sangat besar jika seseorang itu mempunyai penyakit kencing manis dan wajib dihentikan serta merta. Keadaan penyakit kencing manis akan menjadi semakin teruk dimana kaki akan menjadi hitam, lebam, kebas dan lama kelamaan membengkak diikuti dengan luka lambat sembuh. Akhirnya luka tersebut tidak upaya dirawat lagi maka kaki terpaksa dipotong. Elakkan daripada pengambilan nasi putih, gula putih, roti dan makanan yang menggunakan santan seperti nasi. Pengambilan herba akan menjadi tidak berkesan jika masih terus dengan pengambilan tersebut apatah lagi jika kita sentiasa mengambil teh tarik yang dimasukan dengan sakarin (pemanis buatan) yang tinggi. Orang yang ada Kencing Manis memerlukan waktu rehat terutama pada waktu malam dan keadaan ini akan lebih parah jika pesakit juga masih makan pada waktu malam.

Sumber tenaga yang baik untuk pesakit Kencing Manis ialah daripada buah kurma dan madu lebah dan penggunaan santan digantikan dengan minyak kelapa dara (virgin coconut oil - VCO) ataupun minyak zaitun. Orang yang belum ada penyakit Kencing Manis juga dinasihatkan agar menyediakan menu makanan yang sihat, bebas daripada makanan yang berunsur santan dan lain-lain. Amalkan memakan VCO bagi menggantikan santan.

Kapsul Mengkudu juga boleh digunakan dan pesakit Kencing Manis jangan mengambil sama sekali minuman berkarbonat. Herba perlu terus diamalkan secara istiqamah disamping pantangnya yang perlu dipatuhi.

SAKIT JANTUNG

Banyak kematian dicatatkan di negara kita berpunca dari sakit jantung. Satu kes di mana seorang wanita mati secara tiba-tiba dan mengejut kerana masalah sakit jantung sedangkan sebelum itu dia tidak menunjukkan apa-apa tanda mengalami masalah pada jantung.

Oleh sebab itu, perlulah ada sedikit pengetahuan khususnya bagi wanita yang telah menopaus. Dalam usia begini, penurunan hormon estrogen juga akan menyebabkan penurunan HDL (kolesterol baik) dan peningkatan kepada LDL (kolesterol buruk). Pada ketika inilah wanita terdedah pada risiko serangan jantung. Estrogen yang dahulunya bertindak melindungi tubuh dari serangan jantung kini sudah semakin kurang dengan peningkatan usia.

Jadi, kita perlu mendapatkan estrogen daripada tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai pytoestrogen. Ianya banyak didapati dalam produk HPA seperti Spirulina, Spirumadu, Paramaria dan lain-lain lagi. Namun bagitu pengambilanya perlu disinergikan bersama produk ikan seperti Omega 3 .Tidak cukup dengan itu herba yang mengandungi vitamin C dan vitamin E juga diperlukan seperti Roselle dan Minyak Zaitun.

MASALAH HATI (Hepatitis & Sirosis)

Biasanya, perawatan bagi pesakit yang ada masalah di hati termasuk hepatitis dan sirosis adalah dengan menggunakan Teh Herba dan Omega 3 Soft Gel. Perawatan yang sangat simple ini telah menjadi pengalaman pengubatan jawi dari sejak dahulu lagi.

Cara penggunaanya :

• Teh Herba HPA - diambil 10 uncang dan dimasukan ke dalam jug air dan dijadikan air minuman seharian (sama seperti terapi pesakit kencing manis). Walau tiada masa meminumnya, yang penting perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Pegaga sebagai ubat anti kanser - Rujuk kajian Dr Azizah Abd Hamid UPM.
• Omega 3 Soft Gel - pengambilan 5 x 3 (sekali ambil 5 soft gel, 3 kali sehari/sebelum makan).

Kebiasaanya, pesakit hepatitis mengambil masa 6 bulan untuk sembuh dan apabila ditest darah akan menunjukan virus hepatitis "not detected". Sebagai tambahan, rawatan ini juga perlu disinergikan dengan Spirulina (dos 3 x 3).

Sirosis hati juga dirawat menggunakan herba-herba ini tetapi perlu ditambah dengan herba 3D iaitu D’ Det, D’ Deu dan D’ Karm. (dos 3x3/semua jenis).

KETUMBUHAN DI DALAM

Ketumbuhan di dalam tubuh perlu diatasi dengan kaedah pengecutan dalam. Pengecutan dalam mestilah menggunakan kombinasi herba yang betul kerana ia agak sukar dilakukan. Sifat herba yang dipilih adalah seperti berikut:

• Dari jenis umbisi.
• Berwarna terang.
• Salah satu herba yang hendak di sinergikan itu mestilah berwarna hitam.

Jenis-jenis temu seperti temu lawak boleh digunakan tetapi kunyit memberikan kesan yang lebih dibandingkan dengan yang lain. Kunyit disinergikan dengan lada hitam menjadi ubat untuk ketumbuhan di dalam. Produk Curcumin merupakan produk yang terhasil daripada sinergi tersebut.

DARAH TINGGI

Melalui testimoni yang diterima menunjukkan bahawa penggunaan Vitex dan Herba Pelawas sangat berkesan untuk darah tinggi. Ianya bukan sahaja untuk kes baru malah, bagi kes yang sudah melebihi 10 tahun juga amat positif dan berkesan. Sinergi ini merupakan kos yang paling murah untuk terapi darah tinggi selain daripada penggunaan Omega 3 dan Teh Herba.

Dos Vitex dan Herba Pelawas ialah 3 x 3 iaitu 3 kapsul pagi, 3 kapsul tengahari dan 3 kapsul malam. Sebaiknya herba itu diambil sebelum makan dengan meminum air mineral HPA 600ml selepas pengambilan herba. Dos Herba Pelawas boleh dikurangkan mengikut keperluan sampai paling minima 1x3. Ubatan kimia juga bertindak untuk menurunkan tekanan darah tinggi tetapi kesannya tubuh akan menjadi lemah dan kerap tidur pada waktu siang. Ini sangat berbeza dengan pengambilan herba disamping menurunkan darah tinggi tubuh dan minda akan menjadi lebih kuat dan sihat.

GINJAL

Kita sering terlupa bahawa ginjal merupakan salah satu organ yang penting dalam penjagaan kesihatan. Lihat sahaja kepada mereka yang menggunakan mesin hemodilisis terpaksa tidur menghabiskan masa 4 jam untuk sekali proses rawatan. Jika seminggu 3 kali bererti sepanjang hidupnya terpaksa menghabiskan 12 jam seminggu berbaring dalam keadaan suka ataupun tidak. Jadi tidak salah jika HPA ingin mengemukakan beberapa jenis herba yang telah terbukti keberkesanannya pada mereka yang bergantung hidup dengan mesin selama ini.

Kapsul Malac dibuka (3 X 3) dan dimasukan ke dalam gelas yang mengandungi air panas. Kacau hinggga ia benar-benar larut dan tunggu hingga berlaku mendapan hampas di bawah gelas. Ambil airnya sahaja (hampas ditinggalkan) dan campurkan dengan madu lebah 1 sudu teh kecil. Minum 3 kali sehari. Juga perlu dilakukan bekam di titik ginjal (kedua-dua belah) dan di titik tengah tulang. InsyaAllah dalam masa terdekat kekerapan melakukan hemodilisis akan semakin berkurangan.

SERANGAN VIRUS

Serangan virus semakin menjadi-jadi pada hari ini, deman di sana-sini dan lain-lain lagi penyakit yang disebabkan oleh serangan virus. Oleh itu, produk terbaik masa kini ialah IMT dan Sabun dari Tanah Liat Putih. IMT mempunyai bahan anti radang yang sangat kuat sehinggakan ia menjadi pelindung kepada peradangan yang dihasilkan oleh virus. Kekuatan IMT telah diakui sebagai antidot (serum) untuk racun ular. Daging yang luka akibat dari kencing manis tidak akan mereput dengan pengambilan IMT. Ini merupakan kesan anti virus yang sangat kuat dalam dunia pengubatan herba. Jika digoncang 300 kali, kesannya menjadi semakin kuat.

BATUK

Apabila anda mengalami batuk yang teruk, jangan sekali-kali memakan buah anggur kerana batuknya akan menjadi semakin parah. Begitu juga dengan buah mempelam, mangga atau timun yang boleh menyebabkan batuk berterusan. Walaupun buah-buahan ini termasuk dalam kelompok sejuk tetapi ia tidak mengurangkan masalah batuk.

Batuk dapat dilegakan dengan madu yang dicampur halia merah (bukan halia bara). Ini terdapat dalam produk Madulia tetapi jika pengambilan herba ini tidak berapa efektif, ia perlu diambil dengan perahan limau nipis bersamanya. Perahkan separuh limau nipis ke dalam satu senduk Madulia dan perlu diminum terus (jangan dicampur air), selepas beberapa minit barulah minum air jika mahu.

Pengambilan Madulia ini sebenarnya perlu diambil secara sedikit-sedikit tetapi kerap dilakukan mungkin lebih dari 10 kali sehari (1/3 sudu makan/setiap kali pengambilan). Pengambilan kerap secara sedikit-sedikit lebih baik dari pengambilan secara banyak sekali gus, itulah kaedah perawatan batuk.

GASTRIK

Testimoni yang banyak diterima dari pengidap gastrik yang sembuh dengan pengamalan Herba Tuju Angin dan Herba Pelawas. Herba Tuju Angin menggunakan sejenis pokok teja (sama keluarga dengan kulit kayu manis) yang berkesan untuk gastrik dan penyakit kencing manis. Herba Pelawas pula berfungsi untuk mengeluarkan semua hampas yang tidak diperlukan melalui usus besar agar tidak berlaku penapaian dan pembentukan gas akibat sembelit. Selain daripada itu, Radix Kapsul juga mempunyai fungsi yang sama malah membekalkan sumber tenaga segera seperti Kopi Radix. Kedua-dua produk ini telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan sejak tahun 1997 lagi.

SENGGUGUT & MASALAH KESUBURAN

Kesakitan dialami apabila kedatangan darah haid merupakan satu keluhan yang sering diluahkan oleh golongan wanita. Pasangan yang tidak mendapat cahaya mata mungkin ada hubunganya secara langsung atau tidak dengan masalah senggugut. Ini dapat dilihat apabila senggugutnya hilang, si isteri didapati mengandung.

Sekiranya anda hanya mahu menghilangkan kesakitan senggugut, anda boleh menggunakan sedikit (hujung jari) kapur makan yang dimasukkan ke dalam air teh biasa dan meminumnya, insyaAllah, ia akan beransur-ansur sembuh dengan izin Allah. Namun begitu, bagi pasangan yang tidak mendapat cahaya mata hendaklah mengambil ubat periuk senggugut dahulu dan kemudian mengambil set kesuburan lelaki dan set kesuburan perempuan.

Set kesuburan lelaki ialah Radix kapsul, Omega 3, EQ Minda, Roselle dan Herba Tuju Angin dan set kesuburan wanita pula ialah Paramaria Plus, Omega 3, Roselle dan Spirulina. Jika "infertiliti" itu disebabkan oleh logam berat (rambut gugur, gatal-gatal kulit dan kuku rosak), sebaiknya menggunakan Deep Cleansing sebagai tambahan.

HIDUNG TERSUMBAT

Masalah hidung tersumbat boleh diatasi dengan Garlic dan Teh Serai .Sinergi ini mempunyai kesan “ekspectoran” pencair kahak dan sangat baik bagi mereka yang batuk. Kesan adanya kahak itu menjadikan pesakit penat dan susah bernafas. Herba ini juga akan mengawal pengeluaran lendir dari rongga hidung, bersin-bersin yang mengakibatkan masalah resdung. Serai yang biasa digunakan ialah serai kampung bukanya serai wangi kerana serai wangi mengandungi minyak sari yang banyak dan boleh menyebabkan berlakunya iritasi dalam perut.

CHIKUNGUNYA, BATU DALAM HEMPEDU & SLIP DISC

Penyakit yang menyerupai tanda demam denggi dan malaria ini diterapi dengan menggunakan Habbatus Sauda’ kerana Habbatus Sauda’ terbukti dalam kajian saintifik mampu memecahkan dinding sel virus serta menghapuskanya.

Habbatus Sauda’ juga sangat baik untuk sakit batu dalam hempedu dengan disinergikan bersama Minyak Zaitun. Jika ditambah sinerginya lagi dengan Madu ia juga dijadikan ubat bagi masalah slip disc (masalah tulang belakang). Dalam buku 13 kaedah Detox, ianya termasuk dalam kaedah perubatan Islam kerana pernah digunakan oleh Rasullulah S.A.W. merujuk kepada beberapa hadis tertentu.

MASALAH RAMBUT

Masalah rambut yang luruh boleh dirawat dengan pengambilan Grapeseed Oil HPA (2x 2). Minyak biji anggur sangat baik bagi memperbaiki aliran darah terutama di sekitar kepala. Di samping menyihatkan akar atau umbi rambut , minyak ini juga sebenarnya mengandungi bahan tertentu yang khusus untuk kesihatan rambut.

Selain dari itu, Tonik Pandan juga membantu menjadikan rambut sihat dan hitam di samping mengelakkan kekeringan terutama di kulit kepala. Rambut-rambut halus akan mulai tumbuh semula InsyaAllah. Tonik Rambut adalah antara produk yang sangat diminati kerana kesannya yang amat mujarab kepada orang yang mengalami masalah rambut.

MENINGITIS

Ia merupakan peradangan di selaput otak dan tulang belakang yang mungkin disebabkan oleh virus, bakteria ataupun mikrob yang lain. Ia juga boleh disebabkan oleh sebahagian ubatan kimia. Tanda-tandanya seperti:-

Demam, sakit leher, sakit kepala, kecelaruan, muntah-muntah, sensitif kepada cahaya dan bunyi.

Perubatan moden akan memberikan antibiotik atau anti viral dan kadangkala diberikan steroid (sejenis dadah yang boleh merosakkan seluruh sistem tubuh). Dalam perubatan herba, perkataan "tis" itu merujuk kepada peradangan dan sesuatu yang radang berpunca dari kepanasan iaitu dari sifat api atau sifat angin. Penawarnya ialah dari unsur sejuk sebagai anti peradangan. Namun begitu, peradangan ini perlu dilihat berlaku di mana? Oleh kerana peradangan ini berlaku di otak maka bahagian herba yang berkesan itu mesti datang dari buah, biji, daun atau bunga. Kembali kepada "doktrin of signature" yang menjadi pengecaman tepat menentukan ubat, maka pegagalah yang paling sesuai dibandingkan dengan herba-herba yang lain.

Teh Herba mengandungi 100% pegaga yang boleh dijadikan minuman bagi membantu menguatkan sistem tubuh badan kepada orang yang sihat. Mencegah lebih baik dari mengubati dan cadangan untuk menjadikan minuman teh herba sebagai minuman harian sebagai langkah pencegahan.

KEMURUNGAN / DEPRESSION

Salah satu penyakit jiwa akibat daripada tindak balas hormon kortisol adalah bermula daripada kegagalan mengawal emosi dalam diri, sering menyalahkan takdir dan lemahnya pergantungan diri pada Allah S.W.T. Sebab-sebab lain mungkin datang dari gejolak hormon terutama menjelang menopaus bagi wanita yang sudah berumur melebihi 40 tahun.

Pengubatan Jawi telah berjaya merawat masalah ini dengan pengambilan :

• Spirumadu - 3 sudu besar dicampur dengan air biasa segelas/3 kali sehari
• Omega 3 - 3x3
• Eq minda - 2 sudu besar di campur dengan air biasa segelas/3 kali sehari
• Spirulina - 3 x 3

MASALAH ANAK-ANAK YANG PENDIAM

Anak-anak yang pendiam boleh berubah menjadi ceria setelah mengambil Omega 3 Kapsul berterusan selama 40 hari. Omega 3 akan meningkatkan hormon yang boleh mencetuskan keriangan ,keberanian dan keyakinan dan omega ini terdapat dalam beberapa jenis ikan seperti ikan Tenggiri Biru (yang digunakan oleh HPA)

Ikan juga merupakan salah satu makanan mengikut Sunnah Nabi S.A.W. yang mana memiliki kelebihan amat besar sekali. Nabi melarang pengambilan ikan bersama susu. Omega 3 juga dapat dihasilkan dari dalam tubuh seseorang lebih-lebih lagi disaat dia sedang berpuasa.

Air susu ibu juga mengandungi omega 3 yang mempengaruhi perasaan anak. Ibu yang sedang menyusu anak dicadangkan untuk mengambil spirumadu bagi menghasilkan kualiti susu yang tinggi dan mengelakan anak dari menjadi seorang yang pendiam, InsyaAllah.

MASALAH PADA PROSTAT

Apabila prostat membengkak, ia akan menjadikan saluran kencing tertutup. Air kecil sukar dikeluarkan dan pesakit akan terasa kesakitan yang amat sangat. Terapi di hospital ialah menggunakan tiub yang dimasukan melalui saluran kencing. Prostat yang asalnya hanya 8 gm kini membesar menjadi 100 gm. Jika peradangan ini dibiarkan ia akan menjadi kanser dan merbahaya. Apabila berlaku pembengkakkan prostat, jauhi makanan berlemak dan daging. Makanan yang bergoreng dengan minyak juga perlu dijauhi dan lakukanlah riadah di waktu petang. Tekanan juga boleh menyebabkan pembengkakkan prostat .

Herba utama yang dicadangkan ialah Shark Cartilage (buka 2 kapsul, masuk dalam gelas di bancuh bersama air suam 3 kali sehari). Selain daripada itu, boleh juga menggunakan produk HPA yang lain seperti :

• Grapeseed Oil Soft Gel
• Minyak Zaitun Soft Gel
• Flaxseed Oil Soft Gel
• Omega 3 Soft Gel


PERUBATAN JAWI : RUKUN PENYEMBUHAN

Konsep Perubatan Jawi mempunyai beberapa rukun penyembuhan. Seorang pesakit perlu dibimbing untuk memenuhi semua rukun-rukun penyembuhan tersebut supaya mendapat hasil optimal dan khasiat herba yang diambil. Rukun Penyembuhan tersebut adalah :

1. Keyakinan
2. Amalan yang berterusan
3. Munculnya krisis penyembuhan (Healing Crisis)
4. Dosis yang mencukupi

1. KEYAKINAN (CONFIDENCE / BELIEVE)

Pertama kali, harus ditanamkan kepada pesakit mahupun perawat bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya dan ubatan herba yang diberikan kepadanya merupakan ubatan yang berkualiti. Keyakinan ini adalah sangat penting kerana ia merupakan pintu penyembuhan yang perlu dibuka terlebih dahulu. Keyakinan akan membangkitkan tenaga dalaman yang amat penting untuk membantu mengembalikan sistem imuniti. Pengambilan herba dalam keadaan yang tidak yakin akan membuahkan usaha yang sia-sia.

2. AMALAN BERTERUSAN (CONTINIOUS PRACTICE / CONSUMPTION)

Ertinya kita harus istiqomah dan sabar menantikan tubuh yang sedang menjalani proses penyembuhan melakukan pembaikan ke seluruh tubuh secara menyeluruh (total healing). Apabila kita menyedari bahawa sumber penyakit datang dari makanan harian yang mengandungi toksid (zat beracun), maka sudah semestinya pengambilan herba menjadi perkara rutin dalam kehidupan seharian. Penyakit timbul setelah sekian lama gangguan organ terjadi. Begitu juga ubat memerlukan tempoh atau waktu untuk menjalani proses pemulihan sel-sel yang telah rosak.

3. KRISIS PENYEMBUHAN

Krisis penyembuhan (healing crisis) adalah tanda-tanda yang menunjukkan herba sedang bekerja yang dikenali sebagai Direction of Cure (DOC). Beberapa DOC yang muncul akibat penggunaan herba antara lain:-

Bertambah keluar penyakit.

Seringkali kita menjumpai seseorang yang menggunakan herba mengalami healing crisis, di mana nampak semakin bertambah penyakit yang keluar, seperti perempuan yang mengalami keputihan, jerawat dan lain-lain.

Berpindah penyakit dari bahagian tertentu kepada bahagian yang lain.

Kita juga sering lihat perubahan beberapa penyakit seperti orang yang menderita asma setelah mengkonsumi herba mengalami gatal-gatal di kulit.

Terasa sakit di bahagian pinggang dan telapak kaki.

Sistem saraf yang mempengaruhi keadaan ini di mana rasa sakit akan terasa seolah-olah berpindah turun ke bawah terutama di sekitar pinggang dan terus ke telapak kaki. Telapak kaki dihubungkan ke bahagian refleksi bagi perawatan seluruh tubuh.

Mengulangi sejarah kesakitan.

Pengulangan simptom yang tidak disedari telah keluar di suatu masa dahulu.

4. DOSIS YANG MENCUKUPI

Penggunaan herba yang tepat haruslah disesuaikan dengan berat badan pesakit. Dalam hal ini perbandingannya adalah 10kg : 1 gm, ertinya setiap berat badan 10kg memerlukan 1 gram herba ubatan yang harus dikonsumi.

Ulasan :

Oleh itu, ketahuilah bahawa sekiranya anda mengamalkan herba tetapi tidak berkesan, maka ia berpunca daripada anda sendiri yang tidak mematuhi peraturan-peraturan di atas. Kesemua rukun ini sangat penting untuk anda fahami sama ada anda seorang perawat atau pesakit.

Tambahan :

Air kosong juga hendaklah diminum dengan banyak semasa mengambil herba iaitu sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari (>8 gelas). Sampaikanlah ilmu ini kepada mereka yang mengamalkan produk herba khususnya produk herba HPA.

KURSUS IRIDOLOGI DAN BEKAM

Gambar sekitar Kursus Iridologi dan Bekam yang dianjurkan oleh KOMUNITI HPA KAHERAH pada 2-3 Julai 2010.

Antara AJK Pelaksana yang bertungkus-lumus menjayakan kursus ini. Dari kiri : Ustaz Azarul Aiman, Ustaz Tarmizi Halim dan Ustaz Sabri Yamin (Pengerusi Komuniti HPA Kaherah).

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) : Mengenalpasti penyakit melalui kaedah Iridologi.

Ustaz Nazmi memperkenalkan produk-produk HPA di kaunter jualan.

Penceramah kursus : Ustaz Abdul Hadi Mohd Isa (Herbalis HPA & Pakar Bekam)

Pegawai Kebajikan Johor dan Kuala Lumpur juga meluangkan masa mengikuti kursus yang dijalankan.

Ustaz Hadi beramah mesra dengan peserta yang hadir.

Praktikal Bekam : Ustaz Hadi menunjukkan kepada peserta-peserta kaedah berbekam sambil dibantu Ustaz Abu Jihad.

Para peserta menyanyikan lagu tema kursus dengan penuh bersemangat.

Sesi santapan jasmani.

Produk-produk HPA yang dijual di kaunter jualan.

Alhamdulillah program ilmu yang sangat bermanafaat ini telah berjaya melahirkan golongan ustaz dan doktor medic yang mahir dalam ilmu perawatan melalui kaedah bekam dan iridologi, seterusnya dapat mengembangkan lagi sunnah Nabi S.A.W. ini.

InsyaAllah, KOMUNITI HPA KAHERAH akan menganjurkan lagi beberapa program dan kursus perawatan seperti saraf tapak tangan, akupuntur, kiropraktik, mengenal penyakit melalui lidah, mengenal herba dan berbagai lagi kaedah perawatan yang digunapakai oleh Islam .

Ke arah merealisaikan Tibbun Nabawi.

BERBEKAM SATU SUNNAH NABI S.A.W.


HPA dan Berbekam

Berbekam adalah satu kaedah perawatan yang cuba diketengahkan oleh herbalis-herbalis HPA dalam merawat pesakit selain penggunaan ubat-ubatan HPA. Ianya merupakan satu kaedah perawatan yang digunapakai oleh Rasulullah S.A.W. dan menjadi satu sunnah yang hebat yang mana melalui kaedah yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. ini terbukti dapat merawat perbagai jenis penyakit dan memberi kesembuhan yang terbaik.

Pengenalan Bekam

Bekam atau hijamah adalah teknik perubatan dengan cara membuang darah kotor (racun yang berbahaya) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit. Perkataan Al-hijamah berasal daripada istilah bahasa arab iaitu Hijamah (حجامة) yang bermaksud membuang darah kotor. Di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai cupping, dan dalam bahasa Melayu dikenali dengan istilah bekam.

Bekam merupakan satu kaedah perawatan dan pengubatan yang diajar oleh Nabi S.A.W. untuk dicontoh oleh umatnya.

Sunnah Berbekam
Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda : "Kesembuhan (ubat) itu ada pada tiga keadaan, meminum madu, hijamah (bekam), dan dengan menggunakan besi panas. Dan aku melarang umatku menggunakan besi panas." (Hadis riwayat Bukhari).

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

Waktu Bekam

Imam As-Suyuti menukilkan pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah waktu paling baik kerana dalam keadaan itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang mahu berbekam untuk tidak makan makanan berat 2-3 jam sebelumnya berbekam.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (Hijriah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit”. (Riwayat Abu Daud).

Penyakit Yang Boleh Diubati Melalui Kaedah Bekam

Antara penyakit-penyakit yang memberi kesembuhan yang baik dengan kaedah terapi bekam adalah :

Hipertensi, gout, stroke, parkinson, epilepsy, migrain, vertigo, kegagalan fungsi ginjal, varises, wasir (hemoroid), penyakit darah (leukemia, thalasemia), tinnitus, asma, alergi, penyakit pada sistem imun (SLE, HIV), infeksi (Hepatitis, elefantiasis), Glaukoma, Insomnia, enuresis, skizofren dan trans (gangguan sihir/jin) dan lain-lain.

Berbekam juga baik untuk kesuburan (fertiliti) dan kecantikan (menghilangkan jerawat, komedo, virtiligo, menurunkan berat badan, dan lain-lain).

ANDA BERANI?

Orang bukan Islam pun tahu erti boikot, siap boleh buat demo depan KFC lagi? Kita orang Melayu yang bergelar Islam ini pula macam mana? Adakah kita berani?

Di Mesir ni, masih ramai lagi golongan ustaz dan ustazah yang masih belum kenal erti boikot. Kita patut malu kepada golongan Medic di Mesir ini kerana kebanyakan mereka mula sedar akan kepentingan boikot ini. Satu kesedihan yang perlu kita ratapi apabila golongan agamawan masih lagi menyokong produk Yahudi laknatullah. Kita sebagai golongan yang belajar ilmu agama ini perlu menanam sikap berani sepertimana mereka di dalam gambar di atas.

Memang di Mesir masih belum wujud alternatif untuk menggantikan KFC atau Mc Donald. Tetapi adakah kita mati sekiranya kita memboikot produk-produk tersebut? Sudah tentu tidak. Di Malaysia, kita ada produk alternatif bagi menggantikan produk-produk tersebut. Tak rugi sekiranya kita memboikot KFC dan menggantikannya dengan produk Muslim yang 100% diyakini halal iaitu Radix Fried Chicken (RFC). Kepada mana-mana ustaz dan ustazah yang rasa gian nak makan ayam goreng, boleh la berkunjung ke RFC yang berdekatan.

Ingatlah, lahirnya RFC ini adalah di atas titisan air mata umat Islam di Palestin. Sekiranya kita masih lagi menyokong produk-produk Yahudi laknatullah, maka kitalah sebenarnya yang telah menumpahkan darah-darah saudara-saudara kita di Palestin.

Monday 5 July 2010

SENARAI PRODUK-PRODUK HPA DI MESIR

Senarai produk-produk HPA yang boleh didapati di wakil stokis cawangan Hayyu Asyier :

BIL

NAMA PRODUK

HARGA (LE)

1

KOPI RADIX ( 32 SACHET )

LE 78

2

KOPI RADIX ( 1 SACHET )

LE 2.50

3

KOPI RADIX DIET

LE 36

4

RADIX KOKO ( 5 SACHET )

LE 15

5

RADIX KOKO ( 1 SACHET )

LE 3

6

RADIX CEREAL

LE 45

7

MINUMAN HERBA

LE 36

8

MINUMAN ASIATICA

LE 36

9

MINUMAN SEPANG

LE 36

10

TEH MANJAKANI & KACIP FATIMAH ( 15 SACHET )

LE 42

11

TEH MANJAKANI & KACIP FATIMAH ( 1 SACHET )

LE 3

12

HERBA PELAWAS

LE 36

13

HERBA KEPUTIHAN

LE 36

14

HERBA SENGGUGUT

LE 36

15

HERBA TUJU ANGIN

LE 36

16

HERBA JAWI (MISAI KUCING)

LE 36

17

HABBATUS SAUDA’ GEL

LE 70

18

OMEGA 3 SOFT GEL

LE 60

19

MINYAK ZAITUN SOFT GEL

LE 60

20

MENGKUDU ORGANIK

LE 36

21

VIRGIN COCONUT OIL

LE 60

22

GARLIC OIL

LE 60

23

FLAXSEED OIL

LE 70

24

GRAPE SEED OIL

LE 70

25

EVENING PRIMROSE OIL

LE 70

26

SHARK CARTILAGE PLUS

LE 125

27

COSCINIUM PLUS

LE 36

28

PARAMARIA PLUS

LE 36

29

D’CARPUCA

LE 36

30

STOMA-K

LE 38

31

MORIN-A

LE 36

32

ARDISIA

LE 36

33

VITEX

LE 36

34

FICUS

LE 36

35

PLANTISOL

LE 36

36

CURCUMIN

LE 36

37

PORTULACA

LE 36

38

KAPSUL IMT

LE 36

39

SPIRULINA

LE 55

40

MALAC

LE 36

41

MEGA 3

LE 55

42

RADIX

LE 36

43

HB

LE 40

44

KISMIS MINDA

LE 18

45

MADULIA

LE 18

46

SPIRUMADU

LE 60

47

SERBUK RFC

LE 15

48

MINYAK SAHARA

LE 18

49

MINYAK PATI SEPANG

LE 18

50

MINYAK HERBA

LE 18

51

MINYAK BUT-BUT

LE 18

52

KRIM BUT-BUT

LE 22

53

TEA TREE OIL

LE 22

54

SYAMPU PANDAN KASTURI

LE 22

55

PELINDUNG UV

LE 36

56

SOOTHING EYE GEL

LE 36

57

BODY HYDRATING LOTION CENTELLA WHITE

LE 40

58

LADY CHEER

LE 35

59

SABUN WHITENING (CENTELLA WHITE)

LE 23

60

SABUN SUSU KAMBING

LE 12

61

SABUN CLAY (MERAH)

LE 18

62

SABUN CLAY (HIJAU)

LE 15

63

SABUN PEGAGA ALAMI

LE 22

64

BERUS GIGI

LE 8

65

UBAT GIGI HERBA

LE 12

66

BEDAK AWANA

LE 18

67

BEDAK JASMIN

LE 18

68

BEDAK TOMPOK HITAM

LE 18

69

BEDAK DELIMA

LE 18

70

DEODORANT CENTELLA MILD

LE 16

71

DEODORANT CENTELLA WOMEN

LE 16

72

DEODORANT RADIX

LE 16

73

MASKER PENCERAH

LE 16

74

SET BERSALIN

LE 150