Kini, umat Islam ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam yang dicucuk, yang disuntik dengan vaksin babi, ayam yang dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan atau ayam yang diberi makan dari sumber tulang haiwan.
Lebih menarik ialah reban ternakan ayam organik HPA menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat Islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.
Ayam organik terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik dan juga hormon beta agonist dan salbutamol.
Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA.
Sebagaimana yang telah diceritakan oleh Ustaz Hadi bin Mohd Isa - Herbalis HPA - Di awal tempoh penternakan ayam organik HPA, entah apa silapnya, banyak ayam tersebut yang mati. Dugaan daripada Allah S.W.T. agaknya. Kemudian, pihak penternak pun memikirkan usaha lain yang boleh dibuat supaya ayam-ayam tersebut tidak mati. Kemudian, salah seorang daripada mereka mendapat ilham, supaya dipasangkan ayat-ayat Al-Quran di kawasan penternakan tersebut.
Subhanallah! Ayam-ayam yang dipelihara bukan sahaja berkembang biak, malah sihat walafiat. Maka, pilihlah ayam organik HPA... :D
Sebenarnya, HPA tidak menetapkan polisi mendengarkan ayat suci Al-Quran di kawasan penternakan ayam itu, dan mungkin juga sebenarnya ia bertujuan membiasakan para pekerja supaya tidak hanya mendengar lagu-lagu yang melalaikan. Namun tidak mustahil ia juga membantu pembiakan ayam berkenaan, lebih-labih lagi apabila penternak berkenaan berniat melakukan usaha penternakannya demi survival umat Islam. Allah S.W.T. bersama orang yang ikhlas di dalam melakukan pekerjaannya, bukankah begitu?
Fakta mengenai ayam organik HPA :
- Tidak memakan makanan ayam yang dibuat daripada serbuk tulang binatang.
- Tidak disuntik bahan kimia untuk mempercepatkan tumbesaran.
- Diberi makan habbatus-sauda', halia dan tumbuhan herba yang lain, serta protein soya/ikan.
- Penyembelihan dipantau oleh Panel Syariah HPA.
- Reban yang bersih dan selesa.
- Digunakan dalam perniagaan Radix Fried Chicken (RFC).
No comments:
Post a Comment