Penyakit ini merupakan satu penyakit yang perlu dikawal dengan sebaik-baiknya, jika tidak ia akan menjadi silent killer. Selain daripada ubatan herba seperti Plantisol, Teh Herba, Habbatus Sauda’, Vitex, Teh Tropika dan lain-lain lagi herba yang boleh disinergikan, penyakit Kencing Manis ini sangat bergantung kepada dua faktor iaitu :
• Pemakanan
• Kerehatan.
Awas jika anda gemar memakan nasi lemak! Nasi lemak mendatangkan mudarat yang sangat besar jika seseorang itu mempunyai penyakit kencing manis dan wajib dihentikan serta merta. Keadaan penyakit kencing manis akan menjadi semakin teruk dimana kaki akan menjadi hitam, lebam, kebas dan lama kelamaan membengkak diikuti dengan luka lambat sembuh. Akhirnya luka tersebut tidak upaya dirawat lagi maka kaki terpaksa dipotong. Elakkan daripada pengambilan nasi putih, gula putih, roti dan makanan yang menggunakan santan seperti nasi. Pengambilan herba akan menjadi tidak berkesan jika masih terus dengan pengambilan tersebut apatah lagi jika kita sentiasa mengambil teh tarik yang dimasukan dengan sakarin (pemanis buatan) yang tinggi. Orang yang ada Kencing Manis memerlukan waktu rehat terutama pada waktu malam dan keadaan ini akan lebih parah jika pesakit juga masih makan pada waktu malam.
Sumber tenaga yang baik untuk pesakit Kencing Manis ialah daripada buah kurma dan madu lebah dan penggunaan santan digantikan dengan minyak kelapa dara (virgin coconut oil - VCO) ataupun minyak zaitun. Orang yang belum ada penyakit Kencing Manis juga dinasihatkan agar menyediakan menu makanan yang sihat, bebas daripada makanan yang berunsur santan dan lain-lain. Amalkan memakan VCO bagi menggantikan santan.
Kapsul Mengkudu juga boleh digunakan dan pesakit Kencing Manis jangan mengambil sama sekali minuman berkarbonat. Herba perlu terus diamalkan secara istiqamah disamping pantangnya yang perlu dipatuhi.
SAKIT JANTUNG
Banyak kematian dicatatkan di negara kita berpunca dari sakit jantung. Satu kes di mana seorang wanita mati secara tiba-tiba dan mengejut kerana masalah sakit jantung sedangkan sebelum itu dia tidak menunjukkan apa-apa tanda mengalami masalah pada jantung.
Oleh sebab itu, perlulah ada sedikit pengetahuan khususnya bagi wanita yang telah menopaus. Dalam usia begini, penurunan hormon estrogen juga akan menyebabkan penurunan HDL (kolesterol baik) dan peningkatan kepada LDL (kolesterol buruk). Pada ketika inilah wanita terdedah pada risiko serangan jantung. Estrogen yang dahulunya bertindak melindungi tubuh dari serangan jantung kini sudah semakin kurang dengan peningkatan usia.
Jadi, kita perlu mendapatkan estrogen daripada tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai pytoestrogen. Ianya banyak didapati dalam produk HPA seperti Spirulina, Spirumadu, Paramaria dan lain-lain lagi. Namun bagitu pengambilanya perlu disinergikan bersama produk ikan seperti Omega 3 .Tidak cukup dengan itu herba yang mengandungi vitamin C dan vitamin E juga diperlukan seperti Roselle dan Minyak Zaitun.
MASALAH HATI (Hepatitis & Sirosis)
Biasanya, perawatan bagi pesakit yang ada masalah di hati termasuk hepatitis dan sirosis adalah dengan menggunakan Teh Herba dan Omega 3 Soft Gel. Perawatan yang sangat simple ini telah menjadi pengalaman pengubatan jawi dari sejak dahulu lagi.
Cara penggunaanya :
• Teh Herba HPA - diambil 10 uncang dan dimasukan ke dalam jug air dan dijadikan air minuman seharian (sama seperti terapi pesakit kencing manis). Walau tiada masa meminumnya, yang penting perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Pegaga sebagai ubat anti kanser - Rujuk kajian Dr Azizah Abd Hamid UPM.
• Omega 3 Soft Gel - pengambilan 5 x 3 (sekali ambil 5 soft gel, 3 kali sehari/sebelum makan).
Kebiasaanya, pesakit hepatitis mengambil masa 6 bulan untuk sembuh dan apabila ditest darah akan menunjukan virus hepatitis "not detected". Sebagai tambahan, rawatan ini juga perlu disinergikan dengan Spirulina (dos 3 x 3).
Sirosis hati juga dirawat menggunakan herba-herba ini tetapi perlu ditambah dengan herba 3D iaitu D’ Det, D’ Deu dan D’ Karm. (dos 3x3/semua jenis).
KETUMBUHAN DI DALAM
Ketumbuhan di dalam tubuh perlu diatasi dengan kaedah pengecutan dalam. Pengecutan dalam mestilah menggunakan kombinasi herba yang betul kerana ia agak sukar dilakukan. Sifat herba yang dipilih adalah seperti berikut:
• Dari jenis umbisi.
• Berwarna terang.
• Salah satu herba yang hendak di sinergikan itu mestilah berwarna hitam.
Jenis-jenis temu seperti temu lawak boleh digunakan tetapi kunyit memberikan kesan yang lebih dibandingkan dengan yang lain. Kunyit disinergikan dengan lada hitam menjadi ubat untuk ketumbuhan di dalam. Produk Curcumin merupakan produk yang terhasil daripada sinergi tersebut.
DARAH TINGGI
Melalui testimoni yang diterima menunjukkan bahawa penggunaan Vitex dan Herba Pelawas sangat berkesan untuk darah tinggi. Ianya bukan sahaja untuk kes baru malah, bagi kes yang sudah melebihi 10 tahun juga amat positif dan berkesan. Sinergi ini merupakan kos yang paling murah untuk terapi darah tinggi selain daripada penggunaan Omega 3 dan Teh Herba.
Dos Vitex dan Herba Pelawas ialah 3 x 3 iaitu 3 kapsul pagi, 3 kapsul tengahari dan 3 kapsul malam. Sebaiknya herba itu diambil sebelum makan dengan meminum air mineral HPA 600ml selepas pengambilan herba. Dos Herba Pelawas boleh dikurangkan mengikut keperluan sampai paling minima 1x3. Ubatan kimia juga bertindak untuk menurunkan tekanan darah tinggi tetapi kesannya tubuh akan menjadi lemah dan kerap tidur pada waktu siang. Ini sangat berbeza dengan pengambilan herba disamping menurunkan darah tinggi tubuh dan minda akan menjadi lebih kuat dan sihat.
GINJAL
Kita sering terlupa bahawa ginjal merupakan salah satu organ yang penting dalam penjagaan kesihatan. Lihat sahaja kepada mereka yang menggunakan mesin hemodilisis terpaksa tidur menghabiskan masa 4 jam untuk sekali proses rawatan. Jika seminggu 3 kali bererti sepanjang hidupnya terpaksa menghabiskan 12 jam seminggu berbaring dalam keadaan suka ataupun tidak. Jadi tidak salah jika HPA ingin mengemukakan beberapa jenis herba yang telah terbukti keberkesanannya pada mereka yang bergantung hidup dengan mesin selama ini.
Kapsul Malac dibuka (3 X 3) dan dimasukan ke dalam gelas yang mengandungi air panas. Kacau hinggga ia benar-benar larut dan tunggu hingga berlaku mendapan hampas di bawah gelas. Ambil airnya sahaja (hampas ditinggalkan) dan campurkan dengan madu lebah 1 sudu teh kecil. Minum 3 kali sehari. Juga perlu dilakukan bekam di titik ginjal (kedua-dua belah) dan di titik tengah tulang. InsyaAllah dalam masa terdekat kekerapan melakukan hemodilisis akan semakin berkurangan.
SERANGAN VIRUS
Serangan virus semakin menjadi-jadi pada hari ini, deman di sana-sini dan lain-lain lagi penyakit yang disebabkan oleh serangan virus. Oleh itu, produk terbaik masa kini ialah IMT dan Sabun dari Tanah Liat Putih. IMT mempunyai bahan anti radang yang sangat kuat sehinggakan ia menjadi pelindung kepada peradangan yang dihasilkan oleh virus. Kekuatan IMT telah diakui sebagai antidot (serum) untuk racun ular. Daging yang luka akibat dari kencing manis tidak akan mereput dengan pengambilan IMT. Ini merupakan kesan anti virus yang sangat kuat dalam dunia pengubatan herba. Jika digoncang 300 kali, kesannya menjadi semakin kuat.
BATUK
Apabila anda mengalami batuk yang teruk, jangan sekali-kali memakan buah anggur kerana batuknya akan menjadi semakin parah. Begitu juga dengan buah mempelam, mangga atau timun yang boleh menyebabkan batuk berterusan. Walaupun buah-buahan ini termasuk dalam kelompok sejuk tetapi ia tidak mengurangkan masalah batuk.
Batuk dapat dilegakan dengan madu yang dicampur halia merah (bukan halia bara). Ini terdapat dalam produk Madulia tetapi jika pengambilan herba ini tidak berapa efektif, ia perlu diambil dengan perahan limau nipis bersamanya. Perahkan separuh limau nipis ke dalam satu senduk Madulia dan perlu diminum terus (jangan dicampur air), selepas beberapa minit barulah minum air jika mahu.
Pengambilan Madulia ini sebenarnya perlu diambil secara sedikit-sedikit tetapi kerap dilakukan mungkin lebih dari 10 kali sehari (1/3 sudu makan/setiap kali pengambilan). Pengambilan kerap secara sedikit-sedikit lebih baik dari pengambilan secara banyak sekali gus, itulah kaedah perawatan batuk.
GASTRIK
Testimoni yang banyak diterima dari pengidap gastrik yang sembuh dengan pengamalan Herba Tuju Angin dan Herba Pelawas. Herba Tuju Angin menggunakan sejenis pokok teja (sama keluarga dengan kulit kayu manis) yang berkesan untuk gastrik dan penyakit kencing manis. Herba Pelawas pula berfungsi untuk mengeluarkan semua hampas yang tidak diperlukan melalui usus besar agar tidak berlaku penapaian dan pembentukan gas akibat sembelit. Selain daripada itu, Radix Kapsul juga mempunyai fungsi yang sama malah membekalkan sumber tenaga segera seperti Kopi Radix. Kedua-dua produk ini telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan sejak tahun 1997 lagi.
SENGGUGUT & MASALAH KESUBURAN
Kesakitan dialami apabila kedatangan darah haid merupakan satu keluhan yang sering diluahkan oleh golongan wanita. Pasangan yang tidak mendapat cahaya mata mungkin ada hubunganya secara langsung atau tidak dengan masalah senggugut. Ini dapat dilihat apabila senggugutnya hilang, si isteri didapati mengandung.
Sekiranya anda hanya mahu menghilangkan kesakitan senggugut, anda boleh menggunakan sedikit (hujung jari) kapur makan yang dimasukkan ke dalam air teh biasa dan meminumnya, insyaAllah, ia akan beransur-ansur sembuh dengan izin Allah. Namun begitu, bagi pasangan yang tidak mendapat cahaya mata hendaklah mengambil ubat periuk senggugut dahulu dan kemudian mengambil set kesuburan lelaki dan set kesuburan perempuan.
Set kesuburan lelaki ialah Radix kapsul, Omega 3, EQ Minda, Roselle dan Herba Tuju Angin dan set kesuburan wanita pula ialah Paramaria Plus, Omega 3, Roselle dan Spirulina. Jika "infertiliti" itu disebabkan oleh logam berat (rambut gugur, gatal-gatal kulit dan kuku rosak), sebaiknya menggunakan Deep Cleansing sebagai tambahan.
HIDUNG TERSUMBAT
Masalah hidung tersumbat boleh diatasi dengan Garlic dan Teh Serai .Sinergi ini mempunyai kesan “ekspectoran” pencair kahak dan sangat baik bagi mereka yang batuk. Kesan adanya kahak itu menjadikan pesakit penat dan susah bernafas. Herba ini juga akan mengawal pengeluaran lendir dari rongga hidung, bersin-bersin yang mengakibatkan masalah resdung. Serai yang biasa digunakan ialah serai kampung bukanya serai wangi kerana serai wangi mengandungi minyak sari yang banyak dan boleh menyebabkan berlakunya iritasi dalam perut.
CHIKUNGUNYA, BATU DALAM HEMPEDU & SLIP DISC
Penyakit yang menyerupai tanda demam denggi dan malaria ini diterapi dengan menggunakan Habbatus Sauda’ kerana Habbatus Sauda’ terbukti dalam kajian saintifik mampu memecahkan dinding sel virus serta menghapuskanya.
Habbatus Sauda’ juga sangat baik untuk sakit batu dalam hempedu dengan disinergikan bersama Minyak Zaitun. Jika ditambah sinerginya lagi dengan Madu ia juga dijadikan ubat bagi masalah slip disc (masalah tulang belakang). Dalam buku 13 kaedah Detox, ianya termasuk dalam kaedah perubatan Islam kerana pernah digunakan oleh Rasullulah S.A.W. merujuk kepada beberapa hadis tertentu.
MASALAH RAMBUT
Masalah rambut yang luruh boleh dirawat dengan pengambilan Grapeseed Oil HPA (2x 2). Minyak biji anggur sangat baik bagi memperbaiki aliran darah terutama di sekitar kepala. Di samping menyihatkan akar atau umbi rambut , minyak ini juga sebenarnya mengandungi bahan tertentu yang khusus untuk kesihatan rambut.
Selain dari itu, Tonik Pandan juga membantu menjadikan rambut sihat dan hitam di samping mengelakkan kekeringan terutama di kulit kepala. Rambut-rambut halus akan mulai tumbuh semula InsyaAllah. Tonik Rambut adalah antara produk yang sangat diminati kerana kesannya yang amat mujarab kepada orang yang mengalami masalah rambut.
MENINGITIS
Ia merupakan peradangan di selaput otak dan tulang belakang yang mungkin disebabkan oleh virus, bakteria ataupun mikrob yang lain. Ia juga boleh disebabkan oleh sebahagian ubatan kimia. Tanda-tandanya seperti:-
Demam, sakit leher, sakit kepala, kecelaruan, muntah-muntah, sensitif kepada cahaya dan bunyi.
Perubatan moden akan memberikan antibiotik atau anti viral dan kadangkala diberikan steroid (sejenis dadah yang boleh merosakkan seluruh sistem tubuh). Dalam perubatan herba, perkataan "tis" itu merujuk kepada peradangan dan sesuatu yang radang berpunca dari kepanasan iaitu dari sifat api atau sifat angin. Penawarnya ialah dari unsur sejuk sebagai anti peradangan. Namun begitu, peradangan ini perlu dilihat berlaku di mana? Oleh kerana peradangan ini berlaku di otak maka bahagian herba yang berkesan itu mesti datang dari buah, biji, daun atau bunga. Kembali kepada "doktrin of signature" yang menjadi pengecaman tepat menentukan ubat, maka pegagalah yang paling sesuai dibandingkan dengan herba-herba yang lain.
Teh Herba mengandungi 100% pegaga yang boleh dijadikan minuman bagi membantu menguatkan sistem tubuh badan kepada orang yang sihat. Mencegah lebih baik dari mengubati dan cadangan untuk menjadikan minuman teh herba sebagai minuman harian sebagai langkah pencegahan.
KEMURUNGAN / DEPRESSION
Salah satu penyakit jiwa akibat daripada tindak balas hormon kortisol adalah bermula daripada kegagalan mengawal emosi dalam diri, sering menyalahkan takdir dan lemahnya pergantungan diri pada Allah S.W.T. Sebab-sebab lain mungkin datang dari gejolak hormon terutama menjelang menopaus bagi wanita yang sudah berumur melebihi 40 tahun.
Pengubatan Jawi telah berjaya merawat masalah ini dengan pengambilan :
• Spirumadu - 3 sudu besar dicampur dengan air biasa segelas/3 kali sehari
• Omega 3 - 3x3
• Eq minda - 2 sudu besar di campur dengan air biasa segelas/3 kali sehari
• Spirulina - 3 x 3
MASALAH ANAK-ANAK YANG PENDIAM
Anak-anak yang pendiam boleh berubah menjadi ceria setelah mengambil Omega 3 Kapsul berterusan selama 40 hari. Omega 3 akan meningkatkan hormon yang boleh mencetuskan keriangan ,keberanian dan keyakinan dan omega ini terdapat dalam beberapa jenis ikan seperti ikan Tenggiri Biru (yang digunakan oleh HPA)
Ikan juga merupakan salah satu makanan mengikut Sunnah Nabi S.A.W. yang mana memiliki kelebihan amat besar sekali. Nabi melarang pengambilan ikan bersama susu. Omega 3 juga dapat dihasilkan dari dalam tubuh seseorang lebih-lebih lagi disaat dia sedang berpuasa.
Air susu ibu juga mengandungi omega 3 yang mempengaruhi perasaan anak. Ibu yang sedang menyusu anak dicadangkan untuk mengambil spirumadu bagi menghasilkan kualiti susu yang tinggi dan mengelakan anak dari menjadi seorang yang pendiam, InsyaAllah.
MASALAH PADA PROSTAT
Apabila prostat membengkak, ia akan menjadikan saluran kencing tertutup. Air kecil sukar dikeluarkan dan pesakit akan terasa kesakitan yang amat sangat. Terapi di hospital ialah menggunakan tiub yang dimasukan melalui saluran kencing. Prostat yang asalnya hanya 8 gm kini membesar menjadi 100 gm. Jika peradangan ini dibiarkan ia akan menjadi kanser dan merbahaya. Apabila berlaku pembengkakkan prostat, jauhi makanan berlemak dan daging. Makanan yang bergoreng dengan minyak juga perlu dijauhi dan lakukanlah riadah di waktu petang. Tekanan juga boleh menyebabkan pembengkakkan prostat .
Herba utama yang dicadangkan ialah Shark Cartilage (buka 2 kapsul, masuk dalam gelas di bancuh bersama air suam 3 kali sehari). Selain daripada itu, boleh juga menggunakan produk HPA yang lain seperti :
• Grapeseed Oil Soft Gel
• Minyak Zaitun Soft Gel
• Flaxseed Oil Soft Gel
• Omega 3 Soft Gel
No comments:
Post a Comment