MENJANA EKONOMI UMMAH - MENGUASAI PASARAN GLOBAL

Wednesday 7 July 2010

BERBEKAM SATU SUNNAH NABI S.A.W.


HPA dan Berbekam

Berbekam adalah satu kaedah perawatan yang cuba diketengahkan oleh herbalis-herbalis HPA dalam merawat pesakit selain penggunaan ubat-ubatan HPA. Ianya merupakan satu kaedah perawatan yang digunapakai oleh Rasulullah S.A.W. dan menjadi satu sunnah yang hebat yang mana melalui kaedah yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. ini terbukti dapat merawat perbagai jenis penyakit dan memberi kesembuhan yang terbaik.

Pengenalan Bekam

Bekam atau hijamah adalah teknik perubatan dengan cara membuang darah kotor (racun yang berbahaya) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit. Perkataan Al-hijamah berasal daripada istilah bahasa arab iaitu Hijamah (حجامة) yang bermaksud membuang darah kotor. Di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai cupping, dan dalam bahasa Melayu dikenali dengan istilah bekam.

Bekam merupakan satu kaedah perawatan dan pengubatan yang diajar oleh Nabi S.A.W. untuk dicontoh oleh umatnya.

Sunnah Berbekam
Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda : "Kesembuhan (ubat) itu ada pada tiga keadaan, meminum madu, hijamah (bekam), dan dengan menggunakan besi panas. Dan aku melarang umatku menggunakan besi panas." (Hadis riwayat Bukhari).

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

Waktu Bekam

Imam As-Suyuti menukilkan pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah waktu paling baik kerana dalam keadaan itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang mahu berbekam untuk tidak makan makanan berat 2-3 jam sebelumnya berbekam.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (Hijriah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit”. (Riwayat Abu Daud).

Penyakit Yang Boleh Diubati Melalui Kaedah Bekam

Antara penyakit-penyakit yang memberi kesembuhan yang baik dengan kaedah terapi bekam adalah :

Hipertensi, gout, stroke, parkinson, epilepsy, migrain, vertigo, kegagalan fungsi ginjal, varises, wasir (hemoroid), penyakit darah (leukemia, thalasemia), tinnitus, asma, alergi, penyakit pada sistem imun (SLE, HIV), infeksi (Hepatitis, elefantiasis), Glaukoma, Insomnia, enuresis, skizofren dan trans (gangguan sihir/jin) dan lain-lain.

Berbekam juga baik untuk kesuburan (fertiliti) dan kecantikan (menghilangkan jerawat, komedo, virtiligo, menurunkan berat badan, dan lain-lain).

No comments:

Post a Comment