MENJANA EKONOMI UMMAH - MENGUASAI PASARAN GLOBAL

Wednesday 7 July 2010

ANDA BERANI?

Orang bukan Islam pun tahu erti boikot, siap boleh buat demo depan KFC lagi? Kita orang Melayu yang bergelar Islam ini pula macam mana? Adakah kita berani?

Di Mesir ni, masih ramai lagi golongan ustaz dan ustazah yang masih belum kenal erti boikot. Kita patut malu kepada golongan Medic di Mesir ini kerana kebanyakan mereka mula sedar akan kepentingan boikot ini. Satu kesedihan yang perlu kita ratapi apabila golongan agamawan masih lagi menyokong produk Yahudi laknatullah. Kita sebagai golongan yang belajar ilmu agama ini perlu menanam sikap berani sepertimana mereka di dalam gambar di atas.

Memang di Mesir masih belum wujud alternatif untuk menggantikan KFC atau Mc Donald. Tetapi adakah kita mati sekiranya kita memboikot produk-produk tersebut? Sudah tentu tidak. Di Malaysia, kita ada produk alternatif bagi menggantikan produk-produk tersebut. Tak rugi sekiranya kita memboikot KFC dan menggantikannya dengan produk Muslim yang 100% diyakini halal iaitu Radix Fried Chicken (RFC). Kepada mana-mana ustaz dan ustazah yang rasa gian nak makan ayam goreng, boleh la berkunjung ke RFC yang berdekatan.

Ingatlah, lahirnya RFC ini adalah di atas titisan air mata umat Islam di Palestin. Sekiranya kita masih lagi menyokong produk-produk Yahudi laknatullah, maka kitalah sebenarnya yang telah menumpahkan darah-darah saudara-saudara kita di Palestin.

No comments:

Post a Comment